Friday 7 April 2017

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

           Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

          Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

Image result for ukm campus          Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.




ASAS PENUBUHAN UKM
  • Penubuhan UKM adalah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.
  • UKM dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran kebangsaan.
  • UKM dapat menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu.
  • Melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini.
  • Mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.




Related image

SEJARAH PENUBUHAN

Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir Adabi. Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain.
18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.


SENARAI FAKULTI, INSTITUT DAN PUSAT

Fakulti
Image result for ukm campus
    Image result for ukm campus
  1. Fakulti Ekonomi & Pengurusan
  2. Fakulti Farmasi
  3. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
  4. Fakulti Pendidikan
  5. Fakulti Pengajian Islam
  6. Fakulti Pergigian
  7. Fakulti Perubatan
  8. Fakulti Sains Kesihatan
  9. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
  10. Fakulti Sains & Teknologi
  11. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
  12. Fakulti Undang-Undang
  13. Graduate School of Business
Institut
  1. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
  2. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
  3. Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
  4. Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
  5. Institut Perubatan Biologi Molekular (UMBI)
  6. Institut Kajian Oksidental (IKON)
  7. Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
  8. Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
  9. Institut Perubahan Iklim (IPI)
  10. Institut Islam Hadhari
  11. Institut Sel Fuel
  12. Institut Kajian Etnik (KITA)
  13. Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Pusat
  1. Pusat Kejuruteraan Tisu
  2. Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan(PPKK)
  3. Pusat Citra Universiti (CITRA UKM)
  4. Pusat Pembangunan Akademik
  5. Pusat Jaminan Kualiti (KUALITI UKM)
  6. Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
  7. Pusat Pengurusan Siswazah
  8. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
  9. Pusat Akreditasi Pembelajaran
  10. Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
  11. Pusat Kepimpinan Wanita (PKW)
  12. Pusat PERMATApintar Negara
  13. Pusat Pemerkasaan Remaja
  14. Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
  15. Penerbit UKM
  16. Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  17. Pejabat Pengurusan Risiko
  18. Pusat Islam

SENARAI KOLEJ KEDIAMAN UKM
    Image result for kolej ukmImage result for kolej ukm
  1. Kolej Ibrahim Yaakub (KIY)
  2. Kolej Dato' Onn (KDO)
  3. Kolej Aminuddin Baki (KAB)
  4. Kolej Ungku Omar (KUO)
  5. Kolej Burhanuddin Helmi (KBH)
  6. Kolej Rahim Kajai (KRK)
  7. Kolej Ibu Zain (KIZ)
  8. Kolej Idris Al-Marbawi
  9. Kolej Tun Syed Nasir (KTSN)
  10. Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI)
  11. Kolej Keris Mas (KKM)
  12. Kolej Tun Hussein Onn (KTHO)
  13. Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)

No comments:

Post a Comment