MODEL PIRAMID MAKANAN 3D
BAHAN-BAHAN:
1. Kotak/ Kadbod - 4 keping kotak berbentuk segi tiga dan sekeping kotak berbentuk empat segi sama.
2. Penyembur cat bewarna hitam.
3. Gunting
4. Salotip
5. Pita pelekat
6. Pistol gam panas (hot glue gun)
7. Reben bewarna putih
8. Gam
9. Gambar makanan bagi setiap aras piramid makanan dan labelnya.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1, Cantumkan keempat-empat keping kotak segi tiga dengan menggunakan salotip.
2. Cantumkan kotak yang berbentuk segi empat sama di bahagian bawah empat kotak segi tiga yang telah disambungkan dengan menggunakan salotip sehingga membentuk sebuah piramid.
3. Tampal setiap bucu piramid dengan menggunakan pita pelekat.
4. Warnakan piramid tersebut dengan menggunakan penyembur cat bewarna hitam.
5. Setelah cat kering, bahagikan piramid tersebut kepada empat aras dengan menampal reben putih.
6. Kemudian, tampal setiap bucu piramid dengan reben putih.
7. Setelah itu, tampal setiap gambar makanan yang telah digunting mengikut aras piramid makanan dengan gam.
8. Labelkan setiap aras piramid makanan mengikut kategori.
HASILNYA:
Gambar piramid makanan 3D yang telah dihasilkan.
Hi everything 🤣🤣
ReplyDelete(•Ó©•)♡
ReplyDeleteUhm
Delete