10 Video Inovasi

LUMOS


Topi keledar ini dinamakan Lumos. Lumos direka untuk penunggang basikal yang menunggang basikal pada waktu malam. Lomus akan menyalakan lampu brek apabila kita ingin berhenti dan kita boleh memberi isyarat ke kiri atau ke kanan dengan menggunakan alat kawalan tanpa wayar yang telah dilengkapkan pada basikal.


KAMERA PENGLIHATAN MALAM


Kamera penglihatan malam ini dicipta khas pada kereta Rolls Royce Ghost yang akan membantu para pemandu memandu pada waktu malam dengan selamat. Kamera ini dapat mengesan manusia dan haiwan 330 kaki di hadapan. Jadi, pemandu dapat memandu pada waktu malam dengan lebih yakin.


ULTRA-EVER DRY



 Ultra-Ever Dry merupakan salutan semburan superhydrophobic yang boleh menghalang air. Alat ini direka untuk memastikan sesuatu peralatan atau alat elektronik untuk kekal kering walaupun direndam di dalam air.


NEBIA



Sebuah sistem pancuran, Nebia telah direka untuk menjimatkan penggunaan air semasa kita mandi. Nebia menggunakan tekanan yang tinggi untuk mengubah air kepada partikel-partikel yang lebih kecil supaya lebih banyak air yang membasahi badan kita ketika mandi.


NORIA


 Noria merupakan alat penghawa dingin yang direka dengan saiz yang setengah lebih kecil daripada alat penghawa dingin yang sedia ada. Ia tidak mengambil ruang yang luas, ringan dan kita boleh memasangnya sendiri. Ia juga mudah untuk disimpan pada musim sejuk.


RUMAH KUBAH



 Rumah berbentuk kubah ini telah dibina di Jepun. Rumah ini telah diperbuat daripada beberapa keping polistiren. Rumah ini sesuai dalam mengekalkan haba di dalam rumah dan dapat menahan daripada cuaca yang melampau.


POLYGONS


 Polygons merupakan sebuah sudu yang dicipta untuk memudahkan kita menyukat sesuatu bahan dengan tepat lebih-lebih lagi semasa kita sedang memasak. Ia berbentuk rata apabila tidak digunakan. Sudu ini boleh dibentuk kepada empat saiz yang berbeza iaitu setengah sudu, satu sudu, satu setengah sudu dan dua sudu.


STONE PAPER


 Stone Paper merupakan buku kalis air, tidak mudah terkoyak dan bebas asid. Ia telah diperbuat daripada batu yang telah dihancurkan kepada partikel-partikel kecil dan terikat dengan bahan kimia. Buku ini sesuai digunakan oleh usahawan dan atlet dalam membuat sesuatu perancangan.


RING SOAP


 
Ring Soap ialan sebuku sabun telah direka oleh seorang pereka British, Sebastian Bergne. Sabun ini mempunyai bentuk seperti donut. Ia boleh digantung pada penyangkut setelah menggunakannya.


INDESTRUCTIBLE


 Sebuah syarikat telah mencipta penyembur yang dapat menghalang sesuatu benda daripada dimusnahkan. Semburan ini selalunya disembur pada kenderaan. Ia juga turut disembur pada bangunan yang mana bangunan tersebut terselamat daripada ledakan bom yang berlaku.






No comments:

Post a Comment