10 Gambar Inovasi


PENGECAS TELEFON PINTAR TANPA WAYAR



Pengecas tanpa wayar telah direka untuk memudahkan pengguna yang mengguna telefon pintar mengecas telefon dengan mudah. 







JAM TANGAN PINTAR





Jam tangan ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan sebuah telefon pintar. Ia turut dilengkapi dengan beberapa aplikasi seperti panggilan, mesej dan nombor telefon.






LG SIGNATURE FRIDGE




LG Signature Fridge direka bagi memudahkan kita untuk melihat makanan yang terdapat di dalam peti sejuk tanpa perlu membuka pintu peti sejuk. Kita hanya perlu mengetuk dengan perlahan pada permukaan kaca peti sejuk berkenaan dan kita akan terus dapat melihat makanan yang terdapat di dalamnya.









BEG SERBAGUNA




Beg ini sangat sesuai digunakan untuk melancong. Beg ini telah direka kepada beberapa bahagian yang dapat dipisahkan kepada beg yang lebih kecil dan mudah dibawa. Ia juga boleh dicamtum semula untuk menjadi sebuah beg bagasi.




PHONE STABILIZER




Alat ini sangat sesuai untuk  mereka yang gemar untuk merakam video. Alat ini membantu mengurangkan gegaran semasa merakam video. Hasilnya, video yang dirakam akan kelihatan cantik.






PAPAN KEKUNCI TANPA WAYAR







Papan kekunci tidak memerlukan wayar yang bersambung dengan komputer untuk menggunakannya. Setelah kita menyambung USB papan kekunci ini pada komputer, kita masih boleh menaip walaupun jarak kita jauh daripada komputer. 








PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH




Kita boleh menggunakan pembesar suara ini untuk mendengar lagu kegemaran kita. Ia boleh disambungkan dengan telefon bimbit melalui 'bluetooth'. Ataupun kita boleh memasukkan kad memori padanya untuk memainkan audio yang terdapat di dalam kad tersebut.





INVISIBLE HELMET



Topi keledar ini telah dicipta bagi menjamin keselamatan penunggang basikal. Pertama sekali, ia akan dipasang di sekeliling leher. Ia akan mula mengembang  dan membentuk topi keledar bagi melindungi bahagian kepala kita apabila kita dilanggar atau terlanggar sesuatu.






PULPEN


Dengan menggunakan Pulpen, kita boleh membentuk apa sahaja objek 3D yang kita inginkan. Prinsip pen ini sama seperti 3D printing iaitu ia mencairkan plastik padat untuk membentuk sebuah objek berbentuk 3D.




BAS 'MASA DEPAN' di CHINA






China telah memperkenalkan rekaan konsep bas boleh 'langkau' jalan raya pertama di dunia pada Mei,2016. Bas ini dicipta bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas. 









Untuk melihat 10 gambar inovasi yang telah dibuat dengan menggunakan aplikasi Flipsnack, sila tekan link dibawah:

https://www.flipsnack.com/Rushdahrezuan/10-gambar-inovasi.html

No comments:

Post a Comment