
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

ASAS PENUBUHAN UKM
- Penubuhan UKM adalah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.
- UKM dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran kebangsaan.
- UKM dapat menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu.
- Melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini.
- Mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.
SEJARAH PENUBUHAN
Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir Adabi. Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain.
18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.
SENARAI FAKULTI, INSTITUT DAN PUSAT
Fakulti
- Fakulti Ekonomi & Pengurusan
- Fakulti Farmasi
- Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
- Fakulti Pendidikan
- Fakulti Pengajian Islam
- Fakulti Pergigian
- Fakulti Perubatan
- Fakulti Sains Kesihatan
- Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
- Fakulti Sains & Teknologi
- Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
- Fakulti Undang-Undang
- Graduate School of Business

Institut
- Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
- Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
- Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
- Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
- Institut Perubatan Biologi Molekular (UMBI)
- Institut Kajian Oksidental (IKON)
- Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
- Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
- Institut Perubahan Iklim (IPI)
- Institut Islam Hadhari
- Institut Sel Fuel
- Institut Kajian Etnik (KITA)
- Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)
Pusat
- Pusat Kejuruteraan Tisu
- Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan(PPKK)
- Pusat Citra Universiti (CITRA UKM)
- Pusat Pembangunan Akademik
- Pusat Jaminan Kualiti (KUALITI UKM)
- Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
- Pusat Pengurusan Siswazah
- Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
- Pusat Akreditasi Pembelajaran
- Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
- Pusat Kepimpinan Wanita (PKW)
- Pusat PERMATApintar Negara
- Pusat Pemerkasaan Remaja
- Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
- Penerbit UKM
- Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
- Pejabat Pengurusan Risiko
- Pusat Islam
SENARAI KOLEJ KEDIAMAN UKM
- Kolej Ibrahim Yaakub (KIY)
- Kolej Dato' Onn (KDO)
- Kolej Aminuddin Baki (KAB)
- Kolej Ungku Omar (KUO)
- Kolej Burhanuddin Helmi (KBH)
- Kolej Rahim Kajai (KRK)
- Kolej Ibu Zain (KIZ)
- Kolej Idris Al-Marbawi
- Kolej Tun Syed Nasir (KTSN)
- Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI)
- Kolej Keris Mas (KKM)
- Kolej Tun Hussein Onn (KTHO)
- Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)

No comments:
Post a Comment